Berita Komuniti

BAGI sebilangan besar wanita selain pakaian, kasut dan aksesori, penjagaan wajah antara yang mendapat perhatian agar penampilan nampak menyakinkan.
Bagaimanapun, untuk memilih yang terbaik, berkualiti dan serasi dengan kulit mungkin sukar. Lambakan produk kecantikan di pasaran memang memberi pilihan kepada pengguna, tetapi harus juga berhati-hati kerana ada di antara produk tidak mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia.Prihatin dengan permintaan tinggi terhadap produk kecantikan telah mendorong HR Marketing Sdn. Bhd. mengeluarkan produk berasaskan susu kambing.
Uniknya perniagaan ini dikendalikan oleh sebuah keluarga yang berbakat dalam perniagaan.
Beribu pejabat di Alor Star, Kedah, syarikat ini telah membuktikan bahawa perniagaan keluarga juga mampu melahirkan produk kecantikan wanita.Selain membuka ruang kepada anak-anak untuk berjinak-jinak dalam perniagaan, syarikat ini turut memberi peluang kepada orang ramai mencuba nasih untuk menjadi usahawan.

Pengerusi Eksekutifnya, Hasim Yahaya, menjelaskan, pihaknya memilihproduk ini kerana sebagai produk asas penjagaan wanita, ia bukan sekadar menampilkan wajah yang bersih dan menarik, tetapi apa yang lebih utama mengekalkan kulit yang sihat.Setakat ini beliau berkata, syarikatnya telah menghasilkan 48 jenis produk di bawah jenama HR, namun paling mendapat perhatian ialah sabun susu kambing. Dimuatkan dalam bekas hijau, sabun susu kambing HR cukup popular dan mudah didapati di pasaran termasuk di pasar-pasar malam.
Syarikat seratus peratus milik bumiputera ini telah bertapak lebih kurang 10 tahun yang lalu dalam industri kecantikan. “Keseluruhan produk HR menggunakan susu kambing segar sebagai bahan utama. Bahan asal diperoleh dari ladang ternakan bebas kimia berbahaya dan bahan tiruan. Susu tersebut telah diuji dan terbukti kehebatannya dan sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat,” ujarnya. Selain memiliki kepakaran teknologi tersendiri, HR Marketing telah bergabung dengan kepakaran dengan S.A Laboratories Kustrel Perancis dan berjaya menghasilkan formulasi pil susu kambing yang pertama di dunia.
“Apa yang membanggakan, formula penghasilan produk-produk HR telah diiktiraf keunggulannya oleh Makmal Kosmetik Antarabangsa Perancis,’’ ujarnya Beliau menambah, syarikatnya turut mendapat nasihat daripada pakar penyelidik Advanced Oleochemical Technology Centre (AOTC) dan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB).
Perniagaan ini, kata Hasim turut mendapat sokongan semangat daripada isteri, Atikah Abd Ghani.Anak keduanya Amri Hasim 25, turut melibatkan diri sepenuh masa dengan HR Marketing dalam bahagian pemasaran.Berkelulusan kejuruteraan mekanikal dari universiti tempatan, Amri berkeyakinan tinggi perniagaan berkaitan
produk kecantikan menjanjikan potensi yang cerah pada masa hadapan.
Anak sulung keluarga ini, Aida, 26, turut melibatkan diri sebagai Pengurus Operasi, anak bongsu Arif, 21, masih belajar dan besar kemungkinan akan menyertai keluarga sebaik tamat pelajaran.Menurut Amri, gugusan molekul susu kambing halus dan paling hampir dengan susu ibu, justeru mudah meresap jauh ke dalam kulit dan bertindak menghalus dan mencerahkan.
“Selain pasaran tempatan, produk HR dieksport ke beberapa negara luar termasuk Thailand, India, Kanada dan Filipina.“Sambutan amat menggalakkan terutama di Thailand dengan 30 kaunter di seluruh pasar raya terkemuka di negara tersebut,” ujarnya.
Menurut Amri lagi, pihaknya menitikberatkan penghasilan produk bermutu dengan kepakaran teknologi yang mantap.Selain itu katanya, HR Marketing menjanjikan produk yang bersih, suci dan halal. Kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenainya hubungi talian 04-7711448 Utusan Malaysia: 03/11/2006